Jambatan sementara ‘Bailey’ rosak kerana banjir di Baling dah siap

Oleh NASUHA RAHMAN

Banjir kilat kali ketiga pada 6 September di Baling, Kedah amat membimbangkan penduduk kerana takut berulangnya tragedi kepala air seperti yang berlaku di Yan dan Kupang, Baling baru- baru ini. 

Begitu juga dalam kejadian pada 6 September minggu lepas apabila jambatan ‘Bailey’ sementara yang diwujudkan sebelum ini turut rosak kerana di bawa oleh arus deras. 

Semalam tindakan segera telah diambil oleh pihak berkuasa dengan keanggotaan seramai 14 orang kakitangan bahagian jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah dan 23 kakitangan JKR daeah Baling serta 10 buah jentera telah digunakan bagi membaiki jambatan yang rosak tersebut. 

Selain itu, jambatan tersebut juga telah ditingkatkan ketinggiannya setinggi tiga kaki lagi dan mulai dibuka semula kepada penduduk kampung serta orang ramai pada tengahari semalam. 

Adalah difahamkan kejadian banjir kilat yang berlaku begitu kerap menyebabkan kebimbangan yang teramat sangat kepada penduduk daerah Baling. 

Ekoran itu Dato’ Dr Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah mendesak supaya tindakan segera diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan kejadian banjir kilat kepala air tidak berulang lagi. 

Manakala Adun Kulim, KC Yeo yang turut dihubungi berkata kerajaan negeri wajib pantau segera punca kejadian banjir kilat yang begitu kerap berlaku di Baling serta menghentikan kerja-kerja pembalakan sedia ada yang telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab berlakunya banjir kilat dan kepala air baru-baru ini. 

Baca juga: Elak insiden lemas, ini cara selamatkan diri bila terperangkap dalam arus karau

Baca juga: Sharifah Amani pilih CEO sebagai teman hidup, berkenalan di tempat kerja