Jangan ingat hantu jika ada bunyi pelik atas siling, mungkin makhluk bulat dan berbulu buat ‘reunion’

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan situasi bunyi pelik atas siling rumah mereka yang awalnya disangka gangguan hantu.

Selepas mereka menyiasat punca bunyi pelik itu, rupa-rupanya hanya kerana perangai makhluk bulat dan berbulu buat reunion.

Telatah kucing yang ada antaranya bukan dibela pemilik rumah tetapi suka menghuni atas siling itu sampaikan beranak pinak.

“Sama dekat siling rumah saya. Kucing dok atas siling beranak pinak. Saya tak tahu kucing siapa. Bila anaknya dah besar, dengar dia main lari-lari atas siling,” kata Syaziera.

Malah, aksi kucing yang juga dipanggil si bulus menjadikan ruang atas siling sebagai ‘litar lumba’ seperti diakui Zach Rahman yang menulis, “Atas siling rumah ssaya dia buat litar lumba, tunggu masa roboh je“.

Selain atas siling, terdapat juga kucing yang suka duduk di atas almari tetapi mengalami ‘masalah’ pula untuk melompat turun.

“Kucing saya dulu panjat atas almari, tidur atau lepak kat situ. Lepas itu, bila nak turun suka hati saja lompat landing atas perut orang masa baring. Senak dibuatnya. Kalau ringan tak kalut,” kata NurLiyana pula.

Baca juga ‘Tinggalkan kerja untuk pelajar macam mesyuarat setahun sambung cuti bersalin’, parodi pemuda ini buat netizen terhibur

Baca juga Suhu panas melampau, pakar perubatan beri amaran risiko lonjakan kes kanser kulit