Jangan marah pada Yb Presiden Pas, kasihanilah dia!

Oleh KIM SYAZIE

Ada setengah pihak menyarankan agar Parti Amanah Negara membuat laporan polis ke atas YB Tan Sri Presiden Pas di atas kenyataan beliau yang dilaporkan media bahawa parti dia tidak akan berkerjasama dengan PH kerana dia dakwa ramai dalam kalangan pemimpin PH ‘yang tidak beriman dan tidak bermoral’.

Saya tidak akan sama sekali bersetuju dengan saranan tersebut atas dua alasan.

Pertama, bagi saya, AMANAH sewajarnya menghormati kebebasan asasi bersuara dia kerana itu adalah hak dia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuaan.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah refleksi prinsip demokrasi yang mana salah satu rukun asasnya adalah kebebasan yang lahir atas kesediaan untuk bertoleransi perbezaan pendapat.

Seperti mana kata salah seorang hakim di India “dalam sistem demokrasi anda sewajarnya tidak diharapkan untuk menyanyikan lagu yang sama”.

Dan saya ingin menambah sikit “anda juga harus berlapang dada untuk bersedia menerima hatta nyanyian lagu yang sumbang” misalnya “kerana pitching lari atau berterabur!”.

Keduanya, kita berhak untuk menjawab apa yang dia suarakan jika kita tidak bersetuju dengan kenyataan dia itu. Dan ini yang saya sedang lakukan sekarang.

Sebenarnya, kita amat tak jelas kayu ukur atau standard apa yang digunakan oleh Yb Presiden Pas itu bagi menyimpulkan bahawa ramai pemimpin PH adalah tidak beriman dan tidak bermoral?

Kalau asas dia kerana dalam PH ramai dari mereka tidak beriman kerana ada pemimpin PH yang bukan beragama Islam, maka logiknya Pas sewajarnya perlu membubarkan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) di parti tersebut kerana DHPP dianggotai para ahli yang bukan Islam.

Dan, jika misalnya kayu ukur yang dia gunakan bagi menyimpulkan bahawa ramai pemimpin PH tidak bermoral kerana kami semua adalah perasuah atau penyokong rasuah, mungkin yang dia perlukan adalah sebuah cermin muka.

Agak pelik juga dalam keadaan ramai pemimpin PH dikatakan tidak bermoral di zaman PH jadi kerajaan, kekerapan cabutan khas judi nombor ekor PH dikurangkan kepada 11 kali pada tahun 2019 dan turun lagi ke 8 kali pada tahun 2020.

Tapi bila Pas yang suci dan kudus itu jadi gomen tebuk atap secara khianat, depa pi naik cabutan khas nombor ekor atau judi kepada 22 kali. Hal tersebut disahkan oleh YB Senator Menteri Kewangan di Parlimen pada 20 September 2021 semasa menjawab jawapan YB Pokok Sena (AMANAH-PH ).

Ironisnya, masa judi dikurangkan hanya ke 8 kali, masa itu YB Menteri Kewangan PH (yang tidak beriman dan bermoral) adalah seorang bukan Islam. Sedangkan masa judi dinaikkan ke 22 kali, Yb Menteri Kewangan gomen tebuk atap yang Pas suci dan kudus ada di dalamnya, adalah menteri yang beriman dan bermoral!

Setakat 15/9/2022 , 22 kali lebih banyak dari 8 kali!

Yang lagi ironis ada pemimpin parti Pas yang suci dan kudus dan diangkat sebagai ulama parti itu pernah tuduh dan fitnah kononnya Tabung Haji dijual atau dikuasai oleh non muslim. (Yang menteri agamanya masa itu pemimpin AMANAH – yang ikut versi Presiden Pas adalah tidak beriman dan bermoral).

Tapi, mahkamah di Kelantan dan di Selangor habaq tuduhan ulama Pas yang beriman dan bermoral itu tidak betul dan tidak berasas!

Izinkan saya kongsi kata-kata Nabil yang saya modify sikit ‘Enta fikirlah sendiri!’

Baca juga: MetMalaysia nafi bakal berlaku banjir besar hujung November ini

Baca juga: Filem Bangladesh ditayang di Malaysia, tiket tayangan perdana di KLCC hari ini habis terjual