Malaysia Dateline

Jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat 11,332 kes hari ini

Hanya baru semalam mencatatkan kes terendah dalam tempoh 71 hari sejak Julai lalu, jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat 11,332 kes hari ini.

Pertambahan jangkitan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes.

Sarawak kekal negeri tertinggi kes harian Covid-19 dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319); Selangor (1,231) dan Kelantan (1,088).

Sementara itu, lapan negeri dan wilayah lain mencatatkan tiga angka kes baharu iaitu Sabah dengan 965 kes disusuli Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303) dan Kuala Lumpur (240).

Pertambahan kes baharu juga direkodkan di Negeri Sembilan dengan 89 kes manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes.

Berbanding sifar kes semalam, Labuan dilapor mempunyai tiga kes hari ini.