Malaysia Dateline

Jawatan TPM: Mustahil Hadi tidak tahu, atau Takiyuddin telah membelakangi beliau?

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mungkin benar-benar tidak tahu berkenaan perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Bersatu atau mungkin Setiausaha Agong Pas Datuk Takiyuddin Hassa telah membelakangi beliau.

Asyraf juga tidak menolak situasai ini juga berlaku dalam isu penyertaan Pas dalam Parti Perikatan Nasional (PN).

“Masih segar dalam ingatan bahkan tercatat jelas dalam 3 minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional bertarikh 17 Jun 2020, 6 Ogos dan 13 Ogos 2020, bahawa Timbalan Presiden Pas sendiri Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan disokong oleh pimpinan Pas yang lain pada waktu itu, bersungguh-sungguh menafikan bahawa Pas bersetuju menyertai PN, apatah lagi mendaftarkannya sebagai sebuah parti dan Pas menjadi salah satu komponennya.

“Tidak mungkin pimpinan Ulamak menipu!

“Saya masih bersangka baik!” kata Asyraf.

Katanya, mungkin benar mereka tidak tahu, atau Setiausaha Agong Pas menyertai jawatankuasa Penaja PN dan membuat perjanjian bersama Bersatu dengan membelakangi parti dan kepimpinan Pas.

Asyraf Wajdi Dusuki

Sehinggalah katanya pada 19 Ogos 2020 Takiyuddin mengisytiharkan dalam lapora media bahawa “Pas akan sertai Parti PN.

“Malang sekali, akhirnya Muafakat Nasional yang terbentuk atas deraian air mata terkubur begitu sahaja akibat hilangnya kejujuran dan keikhlasan dalam permuafakatan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menegaskan Takiyuddin ialah individu yang menggubal draf perjanjian jawatan TPM dan meminta Abdul Hadi rujuk kepada Setiausaha Agung Pas itu.

Selain Takiyuddin, saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Tandatangan diturunkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), disaksikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan saya bagi PN disaksikan oleh Datuk Seri Hamzah serta ramai lagi pimpinan parti yang hadir.

Baca juga: Tipu MKT Umno Ismail, Annuar wajar dihadap ke lembaga disiplin