Malaysia Dateline

Jika kerajaan tekad gubal RUU Anti-Lompat Parti pinda sahaja Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan

Jika kerajaan tekad mahu gubal RUU Anti-Lompat Parti pinda sahaja Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu mengambil langkah iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU Anti Lompat Parti.

Ahli Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh berkata, Ahli Parlimen diberitahu bahawa undang-undang Anti-Lompat Parti akan dilaksanakan dengan pindaan terhadap Artikel 48 Pindaan Perlembagaan, dengan menyatakan bagaimana seseorang Ahli Parlimen adalah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

“Selaku seorang Pengamal Undang-undang, saya berpendapat pindaan Artikel 48 ini merupakan bentuk yang paling baik, yang mana isu penting seperti Anti-Lompat Parti adalah termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara, dengan sebarang pindaan pada masa depan hanya memerlukan suatu undi majoriti dan bukan 2/3.

Ahli Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh

“Daripada perbahasan-perbahasan rakan-rakan saya dalam Dewan ini, biar pun dari sebelah sini dan sebelah sana, sememangnya dewan ini mempunyai satu consensus secara dasar, iaitu perlunya suatu Undang-Undang Anti-Lompat Parti digubal, bagi tujuan memastikan pilihan rakyat adalah terjamin dan terlindung.

“Apa yang mungkin menjadi perbezaan pendapat adalah (1) Definisi lompat parti untuk mereka yang dipecat dari Parti; (2) Definisi lompat parti untuk mereka yang dipilih atas tiket bebas.

“Dari sekarang sampai Sidang Khas yang akan datang, mungkin dalam masa 1.5 bulan, kita tidak mahu nampak ada insiden lompat parti lagi,” kata beliau.

Candangnya, walaupun ketiadaan Undang-Undang Anti-Lompat Parti sekarang, kesemua Parti yang mempunyai ahli dalam dewan harus mengambil satu pendirian politik, menolak pengambilan sebarang wakil-wakil rakyat biarpun Ahli Parlimen atau Adun asal dari parti lain, ke dalam Partinya.

Jelasnya, ini adalah penting untuk membuktikan komitment setiap parti politik mendokong semangat Anti-Lompat Parti dan sekaligus mengakhiri hayat siapa-siapa yang hendak menjadi katak politik.

Kerajaan telah mencadangkan supaya Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk kepada suatu JK Pilihan Khas Parlimen supaya Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU Anti-Lompat Parti dapat diperhalusi dan dipersetujui oleh suatu JK Pilihan Khas Parlimen bipartisan.

Katanya, draft Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Teknikal MOU Kestabilan Politik di mana draft yang dikemukan oleh kerajaan sendiri dipersetujui oleh Pembangkang, tetapi pada akhirnya tidak dipersetujui oleh Kabinet sendiri.

“Persoalan saya adakah kerajaan akan memberikan komitment bahawa Kabinet akan bersetuju atas segala keputusan yang telah dicapai di peringkat JK Pilihan Khas Parlimen?

“Komitment ini adalah amat penting kerana sekiranya JK Pilihan Khas Parlimen menggunakan masa katakan sebulan untuk mencapai suatu cadangan yang dipersetujui, apabila masuk dalam cabinet pula tidak dipersetujui?

“Maka, dalam penggulungan nanti, Kerajaan harus memaparkan komitmen Kerajaan bahawa kabinet akan bersetuju dengan cadangan JK Pilihan Khas Parlimen.

“Saya menyeru supaya Undang-Undang Anti-Lompat Parti, dalam apa-apa bentuk, hendaklah dibentang dan diluluskan dalam masa segera, iaitu tidak lewat daripada 1.5 bulan dari sekarang,” ujarnya.

Baca juga: Tak akan berkompromi, PH gesa Ismail beri jaminan RUU Anti Lompat Parti dibentang dalam masa terdekat