Malaysia Dateline

Jiran bawah merungut rumah bising tengah malam, Bila tengok CCTV rupanya ada makhluk aneh tengah merangkak

Seorang pemilik rumah memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam rumahnya yang menunjukkan seekor makhluk misteri seolah-olah sedang merangkak di ruang tamu rumahnya.

Kejadian aneh itu berjaya dirakam dan dikongsi di TikTok @mr.rambo sebagai bukti selepas jirannya merungut setiap malam terdengar anaknya membuat bising.

Demi membuktikan perkara itu tidak benar, dia berkongsi video tersebut yang jelas menampakkan seolah-olah ada makhluk kecil seperti bayi sedang merangkak di bahagian ruang tamu.

“Jiran bawah bising pasal katanya anak siapa jam 12 malam tak tidur-tidur. Kita bagi bukti tak pula dia buka,” tulis individu tersebut.

Video yang berdurasi 38 saat itu telah menerima lebih 8,000 tanda suka serta 223 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberitahu entiti yang terakam di dalam CCTV berkenaan terlihat seperti bayi yang sedang merangkak membuatkan ada yang berasa hiba di hati

“Hantu baby..tak tahu kenapa rasa sayu sebab baby kan aura dia orang lain walaupun dah meninggal. Dari awal-awal lagi saya memang dah nampak bentuknya macam baby. Benda ni realiti sebab mak cik saya pernah nampak baby dia 5 bulan meninggal merangkak macam tu,” komen pengguna TikTok.

“Rumah sewa lama saya ada ‘budak’ kecil juga. Masa kecil dulu kakak selalu tertukar saya dengan benda tu,” tulis pengguna lain pula.

Pada masa sama, ada yang memberitahu sekiranya seseorang terdengar bunyi-bunyi aneh dari rumah jiran, bunyi itu sebenarnya boleh dikatakan datang dari rumah sendiri. Justeru warganet menasihati sesiapa yang akan berpindah untuk ‘membersihkan’ dahulu rumahnya.

Baca juga: “Hidup berbilang bangsa, jagalah sikap!”- Lelaki Melayu dikecam sengaja pijak kolam Deepavali

Baca juga: Ditawarkan kerja pembersihan di kasino, tapi bila sampai eh kena jadi scammer pula