Malaysia Dateline

Jiran puaka, siang malam pegang parang depan rumah sampai takut orang nak keluar

Tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tempatan bertindak mengganggu jirannya sehingga membuatkan mereka takut untuk keluar rumah.

Rakaman yang tular di media sosial TikTok itu menarik perhatian ramai kerana menyangkakan lelaki berlagak samseng itu seorang apek, tetapi rupa-rupanya seorang lelaki Melayu.

Ini kerana pada awalnya lelaki berkenaan hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Bagaimanapun di hujung rakaman tersebut, lelaki itu dilihat memakai pakaian lengkap berserta kopiah ketika diberkas pihak polis.

Menurut pemilik akaun @FahmiAli, jirannya itu siang malam mengamuk pegang parang sehingga keluarga jirannya sendiri pun ketakutan dengan perangai lelaki tersebut.

“Nak cerita pun tak tahu nak mula dari mana. Bayangkan ibu dia (jiran) pun reda kalau anak mati, hidup pun menyusahkan orang.

“Al kisah seorang penagih yang selalu membuat ibunya menangis ketakutan setiap hari. Kesan daripada pengambilan dadah dia mengamuk pegang parang siang malam,” luah individu yang memuatnaik rakaman CCTV itu,

Menurutnya, sebelum ini pihak polis sudah menerima beberapa laporan daripada jiran-jiran yang lain berkait individu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan lanjut diambil ekoran lelaki tersebut merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana mengalami masalah mental.

“Polis pun dah tak tahu nak selesaikan kes ini macam mana. Dah banyak laporan dari jiran-jiran. Tunggu ada kematian kot. Pemegang kad mental memang tak boleh dibuat apa eh?,” katanya lagi.

@bossnutz89

Jiran puaka, Jiran dari Neraka, Lebih baik berjiran dgn haiwan dr manusia mcm ni. #pdrmmalaysia #bukitaman #pdrm

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca juga: Jika Anwar mara ke Putrajaya… – Ini pesan Presiden AMANAH buat bakal PM

Baca juga: ‘Mydin tak sebut pun nama Caprice tapi kalau nak saman, boleh hantar pada peguam saya’