Malaysia Dateline

JKSTUPKK ditamatkan: Apakah takut pelbagai skandal lagi akan terdedah?

Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Amrin Buang dipersoalkan kenapa ia ditamatkan adakah dibimbangi pelbagai skandal lain lagi akan terdedah.

Menerusi JKSTUPKK yang ditubuhkan pada 2018 ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pelbagai skandal terbongkar termasuk isu kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasbie Muda yakin dan percaya isu LCS tidak akan terbongkar jika PH tidak menang pada 9 Mei 2018 dulu.

JKSTUPKK ditamatkan Apakah takut pelbagai skandal lagi akan terdedah

“Ini langkah terbaik PH dulu adalah menubuhkan jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Tan Sri Amrin Buang.

“Melalui siasatan JKSTUPKK lah pelbagai skandal terbongkar termasuk LCS,” kata beliau ringkas.

Malangnya kata beliau di bawah pentadbiran Tan Sri Mahiaddin peranan JKSTUPKK telah ditamatkan dan semua kontrak ahli jawatankuasanya tidak disambung Perdana Menteri Ismail Sabri juga tidak meneruskan peranan jawatan kuasa itu.

“Kenapa begitu?

“Adakah takut pelbagai skandal lagi terdedah?” soal beliau.

Terdahulu, bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong menuntut kerajaan mengembalikan semula fungsi dan peranan JKSTUPKK sebagai mekanisme semak dan imbang.

Penubuhan semula JKSTUPKK bukan sahaja untuk meneruskan siasatan terhadap skandal LCS, malah membasmi masalah ketirisan dan penyelewengan wang kerajaan.

“Sehubungan dengan pengumuman perdana menteri untuk siarkan secara umum laporan JKSTUPKK berkenaan dengan projek LCS, kami ingin menyeru agar beliau (Ismail Sabri Yaakob) dan kerajaan mengembalikan fungsi dan peranan JKSTUPKK dalam masa terdekat dengan Ambrin Buang sebagai pengerusi untuk menjamin kesinambungan kerja siasatan,” katanya dalam kenyataan.

JKSTUPKK ditubuhkan selepas Kabinet kerajaan PH dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018 mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian.

Baca juga: Bergelut dengan 38,000 kes saman, bedak bayi Johnson & Johnson dihentikan jualan pada 2023

Baca juga: Wanita buat keputusan bunuh teman lelaki, tak tahan selalu didera