Johnny Depp luah 6 tahun dia dibenci keluarga, peminat kerana fitnah bekas isteri

Oleh NASUHA RAHMAN

Dalam satu kenyataan pelakon Johnny Depp luah selama 6 tahun dia telah dibenci anak, keluarga serta peminat ekoran fitnah yang dilemparkan bekas isteri, Amber Heard.

Namun hari ini Johnny Depp bersyukur apabila juri seolah-olah telah memberi kehidupan yang sebenar buatnya selepas menang kes saman dengan Amber.

“Enam tahun lalu, kehidupan saya dan anak, kehidupan mereka yang paling dekat dengan saya, dan juga kehidupan orang- yang selama bertahun-tahun menyokong dan percaya kepada saya berubah selama-lamanya. Semuanya (berlaku) dalam sekelip mata,” tulisnya menerusi satu kenyataan.

Johnny Depp luah 6 tahun dia dibenci keluarga, peminat kerana fitnah bekas isteri

Depp mendakwa, media melemparkan “dakwaan palsu, sangat serius dan jenayah” kepadanya, mencetuskan “kebencian yang tidak berkesudahan”

“Ia mengembara ke seluruh dunia dua kali dan ia mempunyai kesan seismik pada kehidupan saya dan kerjaya saya.

“Dan enam tahun kemudian, juri memberikan saya hidup saya kembali,” katanya.

Menurut Johnny tujuan dia membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk membongkarkam perkara sebenar, tanpa menghiraukan hasilnya.

“Berkata-kata dengan perkara yang sebenar ialah salah satu hutang untuk anak-anak saya dan mereka yang masih berdiri serta tabah dalam menyokong saya.

“Saya berasa tenang selepas mengetahui bahawa saya telah menunaikannya.

Saya berasa terharu terhadap rasa disayangi dan sokongan besar serta keprihatinan daripada seluruh dunia.

“saya berharap kes saya di mana yang benar telah dihebahkan boleh menolong mereka yang menghadapi masalah yang sama seperti saya dan mereka yang menyokong pesalah tidak berputus asa.

“saya juga berharap mereka yang pada mulanya tidak bersalah dibuktikan menjadi bersalah dengan pertolongan media dan mahkamah,”katanya.

Pada Rabu, selepas enam minggu perbicaraan berlangsung dan kedua-duanya berhujah, serta beberapa saksi mengenai banyak dakwaan penderaan ganas, juri bersetuju dengan keputusan bercampur.

Depp diberikan ganti rugi pampasan AS$10 juta (kira-kira RM43 juta) dan ganti rugi punitif AS$5 juta (kira-kira RM21.9 juta), manakala Heard menerima AS$2 juta (RM8.7 juta).

Hakim berkata, undang-undang negeri mengehadkan ganti rugi punitif pada AS$350,000 (RM1.5 juta) bermakna Depp menerima AS$10.35 juta (kira-kira RM45.4 juta).

Terdahulu, juri sebulat suara memutuskan untuk memihak kepada Depp dalam tuntutan saman fitnah berjuta-juta dolar terhadap bekas isteri Amber Heard, semalam.

Portal CBS melaporkan, sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Depp yang tidak hadir di mahkamah, mengeluarkan kenyataan di Instagram.

Johnny Depp dan Amber

Depp menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM219 juta) untuk artikel di Washington Post yang ditulis bekas isterinya itu, pada Disember 2018.

Dalam artikel itu, Heard menggambarkan dirinya sebagai figura awam yang mewakili penderaan domestik.

Heard tidak pernah menyebut nama Depp dalam artikel itu, tetapi peguam Depp berhujah sepanjang perbicaraan bahawa penulisan itu memfitnah Depp.

Heard menyaman balas dua kali ganda jumlah itu, mengatakan pasukan Depp memfitnahnya dengan mengatakan dakwaan penderaan adalah ‘penipuan’.

Baca juga: Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber lepas enam minggu perbicaraan