Malaysia Dateline

Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber lepas enam minggu perbicaraan

Selepas enam minggu perbicaraan berlangsung, pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp berjaya memenangi saman fitnah berjumlah AS$15 juta atau kira-kira RM65 juta) terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard, 36 apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa Johnny Depp adalah ‘figura awam mewakili keganasan rumahtangga’.

Atas penulisannya untuk kolum di akhbar terbabit, Depp, 58 menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, mengemukakan saman balas dengan menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Baca juga: “Stress teramat”- Warganet kongsi pengalaman setiap hari hadap jem teruk di KL

Baca juga: Doktor terkejut jumpa janin dalam bayi berusia 40 hari