Malaysia Dateline

Jutaan rakyat Ukraine diancam musim sejuk

Serangan Russia ke atas Ukraine dan kejatuhan ekonomi mengancam nyawa jutaan rakyat Ukraine pada musim sejuk ini.

Amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu ketika lebih 2,000 kes kematian orang awam sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu.

Lapor AFP, Moscow menyasarkan infrastruktur tenaga dan melancarkan peluru berpandu yang mengakibatkan semua kediaman negara itu terputus bekalan elektrik, ketika suhu semakin sejuk menghampiri paras beku.

Kemusnahan itu mempunyai ‘kesan sangat teruk’ pada sistem kesihatan Ukraine, kata Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge, kepada media.

“Musim sejuk ini mengenai kelangsungan hidup,” katanya sambil memberi amaran, ia akan ‘mengancam nyawa berjuta-juta orang’ di Ukraine.

“Sehingga tiga juta rakyat Ukraine mungkin terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari sumber haba dan mendapatkan perlindungan keselamatan.

“Mereka akan menghadapi cabaran kesihatan yang unik, termasuk jangkitan pernafasan seperti Covid-19, radang paru-paru, influenza dan risiko serius difteria serta campak dalam kalangan penduduk yang kurang diberi vaksin,” ujarnya lagi.

Sehingga April lalu, lebih 4.63 juta individu meninggalkan Ukraine sejak perang bermula, mengikut data Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

Kebanyakannya berhijrah ke negara jiran, iaitu lebih 2.72 juta orang ke Poland, 726,857 (Romania), 484,725 (Russia), 447,053 (Hungary), 419,499 (Moldova), 329,597 (Slovakia) dan 22,827 (Belarus)

Sementara itu, jutaan lagi orang awam hilang tempat tinggal di Ukraine.

Baca juga ‘Jadilah negarawan, ahli parti akan ikut kalau itu dapat keluarkan mereka dari kemelut’