Malaysia Dateline

Kad TNG generasi baru lebih mudah dan minimalis, boleh tambah nilai terus dari eWallet?

Kad TNG generasi baru lebih mudah dan minimalis, boleh tambah nilai terus dari eWallet? Ketika ini Touch ’n Go dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan kad generasi baharu yang hadir dengan sokongan NFC sekaligus membolehkan para pengguna melakukan tambah-nilai terus melalui Touch ’n Go eWallet.

Kad TNG berwajah baharu telah diperkenalkan dengan konsep lebih minimalis dan mula dijual di kedai-kedai mereka dengan harga RM10.

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, hab Touch ‘n Go di NU Sentral ada menjual kad tersebut kepada pengguna.

Bagaimanapun difahamkan, portal amanz melaporkan bahawa TNG telah menghentikan sementara jualan kad baharu ini buat sementara mungkin menunggu pelancaran rasmi. Namun beberapa penjual di Shopee dan Lazada masih menjual kad tersebut dan menawarkannya pada harga lebih tinggi sekitar RM15 per kad.

Gambar dikongsi netizen

Dilaporkan juga, kad baharu itu kelak mampu bertahan selama 7 tahun daripada tarikh pembelian

Menurut perkongsian netizen, pengguna iPhone mahupun Android boleh menggunakan kemudahan baru TNG ini asalkan telefon mereka mempunyai sokongan NFC untuk melakukan tambah-nilai melalui telefon.

Pengguna hanya perlu melakukan pemilihan nilai kredit yang ingin ditambah, dan seterusnya menyentuh kad TNG baharu ini pada bahagian NFC di telefon untuk tambah nilai.

Langkah ini sekaligus akan memudahkan anda melakukan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk TNG.

Baca juga: ‘Mata asyik tengok kamera je’ – Cikgu mengajar dalam kelas sambil live TikTok dikecam netizen, KPM siap keluar amaran

Baca juga: Puasa penat-penat tapi tak solat, apa hukumnya?