Malaysia Dateline

‘Mata asyik tengok kamera je’ – Cikgu mengajar dalam kelas sambil live TikTok dikecam netizen, KPM siap keluar amaran

‘Mata asyik tengok kamera je’ – Cikgu mengajar dalam kelas sambil live TikTok dikecam netizen, KPM siap keluar amaran. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang tindakan seorang cikgu sekolah yang membuat siaran langsung di TikTok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang mengejutkan, seorang pengguna Twitter memaklumkan bahawa dia disekat dari memberi komen pada siaran langsung guru berkenaan selepas menegur tindakan tidak beretika tersebut.

“Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu-cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.

“Sekolah mana ni? PPD tolong ambil tindakan dekat cikgu-cikgu yang buat TikTok, Facebook live semua ni. This is unacceptable. Your focus should be 100 percent in class,” tulis pengguna Twitter @n_ahwal.

Mata asyik pandang kamera aje, fokus ke tu?

“Bila komen, kawan dia kat belakang tu kata “Kenapa tak boleh mengajar live? Ramai je cikgu mengajar live?”. Ramai itu maksudnya dibenarkan ke? Masa mengajar mata ke kamera. Fokus ke tu?,” tambah pengguna tersebut.

Tangkap layar sesi live di TIkTok yang dikongsikan pengguna Twitter.

Hantaran itu kini diulang kicau (Retweet) sebanyak 5,800 dengan hampir 9,000 tanda suka.

Sementara itu meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan sikap tersebut yang menurut mereka tidak mematuhi pekeliling KPM berkenaan etika penjawat awam ketika waktu pejabat.

“Aku tak kisah tau kalau cikgu nak buat TikTok menari ke, rakam video tengah having a good time dengan pelajar ke atau kau rakam perjalanan kau sebagai cikgu. Tapi untuk kau buat live masa mengajar dan mata kau kejap-kejap tengok komen, apa benda?,” ciap pengguna @izadahmad.

“Saya rasa ini masanya untuk kementerian pendidikan tengok isu cikgu main TikTok ni. Terutamanya yang buat content nampak muka budak-budak. Ajak budak-budak buat content sekali. Cikgu mengajar buat live pun sama. Kalau nak tunjuk sesi pembelajaran, fokus papan putih. Bukan fokus kat cikgu tu,” ciap pengguna @AnisAshaari.

KPM akan siasat

Susulan isu yang sedang tular ini, unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melalui akaun Twitter @DRJComms memberi peringatan tentang etika bekerja ketika waktu pejabat bagi penjawat awam.

“Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer/ alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi.

‘Di ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. KPM akan siasat,” ciapnya

Baca juga: Jangan salah faham, meatball tak tersenarai dalam IKEA Buffet, ini senarai menu yang anda boleh lihat

Baca juga: Wanita mahu bercerai sebab suami besarkan zakar