Seorang jurulatih peribadi tampil marah-marah apabila mengingatkan bahawa tidak berguna mengambil pil pembakar lemak jika gagal menjaga pemakanan yang digelarnya melantak macam khinzir.
Walaubagaimanapun gaya marah itu dilihat netizen mungkin hanya satu bentuk gimik pemuda berkenaan untuk menarik perhatian warganet dalam masa sama ‘insaf’ dengan kandungan yang diketengahkan.
TikTokers @rendanieal menerusi klip videonya menegaskan amalan terlalu banyak makan akan mengakibatkan kandungan lemak dan kalori konsisten berlebihan dalam tubuh.
Oleh sebab itu, hujahnya, pengambilan apa pun produk suplemen untuk menurunkan berat badan tidak berhasil kerana amalan pemakanan buruk itu.
“Satu-satunya cara untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan ialah mengawal defisit kalori iaitu mengurangkan kalori,” katanya sambil menjegilkan mata.

Dalam salah satu respon beliau di ruangan komentar penonton, pemuda berkaca mata dan kaki gimnasium itu turut membetulkan pemahaman awam mengenai kalori defisit
“Boleh saja kenyang, sebab itu makanan berkualiti dan rendah kalori dalam makanan itu penting,” jelasnya.
Dalam masa sama, dia juga secara sinis berpendapat fat burner sebenarnya bukan bakar lemak pun seperti anggapan banyak pihak sebaliknya hanya membakar duit.
Untuk rekod, penurunan berat badan hanya terhasil apabila berlakunya defisit kalori iaitu apabila jumlah tenaga makanan yang diambil berkurangan daripada jumlah kalori yang digunakan.
Baca juga Mahu buang ‘saka malas’ keluar bersenam, ini lima tips mula berjoging capai berat badan ideal
Baca juga “Sedangkan Nabi maafkan umat” – Pensyarah jijik mohon pelajar tarik balik laporan polis