Malaysia Dateline

Kalau tak nak Anwar, bukan khemah besar lagilah – Khalid kepada Marzuki

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya yang menyatakan menyokong idea khemah besar tetapi tidak akan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab kenyataan itu, Khalid menegaskan bahawa khemah besar bermakna semua pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama.

Namun jika ada pihak yang tidak mahukan Anwar, gabungan yang dibina tidak boleh disebut sebagai khemah besar.

“Khemah besar maknanya semua pembangkang bersatu dan berkerjasama. Kalau tak nak Anwar, bukan khemah besar lagilah.

“Kalau ingin kalahkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, semua mesti ketepikan kepentingan dan kecenderungan peribadi dan utamakan kepentingan negara.

“Kalahkan BN dan PN, itu yang utama!,” ciapnya di Twitter.

Terdahulu, Pejuang bersetuju dengan pendekatan khemah Besar untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun parti di bawah naungan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mahu presiden PKR, Anwar Ibrahim mengetuai pembangkang.

Menurut Marzuki, sejak Langkah Sheraton, Pakatan Harapan sudah hilang tumpuan, terutamanya semasa insiden pengundian belanjawan di mana PH tidak mempunyai keputusan yang jelas.

Bahkan katanya, PH dilihat telah membuat kesilapan dalam beberapa pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil lalu.

Baca juga: Sauna tak boleh buat badan kurus, doktor ini bagi sebab kenapa sauna tak digalakkan untuk ibu bersalin

Baca juga: “Masa tempah gemuk, dah sampai kurus je lembu” – Pemuda dakwa pembekal catu makanan lepas lembu ditempah?

Baca juga: Ambil steroid tak sama dengan hina agama, Afdlin Shauki dikritik netizen lepas guna istilah ‘swimming pool’