Malaysia Dateline

“Masa tempah gemuk, dah sampai kurus je lembu” – Pemuda dakwa pembekal catu makanan lepas lembu ditempah?

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan saiz lembu korban yang sampai di masjid agak kurus berbanding ketika haiwan itu ditempah dari pembekal.

Menurut seorang pemuda, yang dikenali sebagai Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, dia mendakwa memang ada beberapa kejadian di mana lembu semasa ditempah berada dalam keadaan gemuk dan sihat, tetapi apabila sampai haiwan itu nampak kurus.

Ini kerana katanya, sesetengah pembekal lembu akan mencatu makanan haiwan berkenaan sejurus selepas pihak masjid membuat tempahan.

Atas dasar itu, dia menyarankan agar pihak masjid selepas ini membuat perjanjian dengan pihak pembekal supaya lembu semasa sampai di masjid perlu berat hidup melebihi 200 kilogram.

“Tadi hantar seekor lembu ke Masjid. Terkejut AJK masjid tengok lembu yang kami hantar gemuk sedangkan 5 ekor lembu lagi mereka beli dengan pembekal lain dalam keadaan kurus.

“Saya pesan pada masjid, lepas ini buat surat perjanjian. Lembu semasa sampai di masjid mesti berat hidup lebih 200 kilogram.

“Sebab kebiasaan yang berlaku, pembekal lembu akan mula catu makanan lembu selepas AJK masjid pilih lembu di kandang.

“Tu yang pasal masa pilih gemuk dan masa hantar kurus. Kepada para pembekal, bertakwalah pada Allah. Ini urusan Ibada,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pemuda berkenaan difahamkan turut menjalankan perniagaan menjual lembu.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ada yang menasihatkan agar selepas ini pihak yang mahu melakukan ibadah korban, sebaiknya beli dari peniaga-peniaga Islam.

Bahkan, ada juga yang mengandaikan bahawa lembu akan semakin kurus bukan kerana tidak diberi makan, tetapi ada keadaan apabila lembu diikat, haiwan tersebut akan tertekan dan tidak mahu makan.

“Kalau saya tengok pada keadaan lembu, mungkin lembu tu liar yang tak pernah diikat. Dari pengalaman saya lah kalau lembu liar diikat dia akan tertekan dan tak nak makan atau minum.

Sebab kenapa saya cakap lembu liar, tengok pada tali leher gambar pertama. Talinya hancur sebab dia meronta dan gambar kedua tali lehernya banyak. Kalau lembu yang dijaga di kandang hanya perlu 1satu sahaja tali. Ini dari pengalaman saya lah,” tulis seorang pengguna Facebook.

Baca juga: Pelanggan dakwa kedai letak syarat kena beli barang RM20 baru boleh beli minyak masak

Baca juga: Pemergian penulis prolifik Ahmad Lutfi Othman satu kehilangan besar buat negara