Malaysia Dateline

Kanak-kanak 6 tahun maut kemalangan di Grik rupanya inspirasi siri animasi Oh Zara

Kanak-kanak berusia 6 tahun Zara Hana yang turut maut dalam kemalangan di Grik semalam merupakan inspirasi dalam siri animasi Oh Zara.

Siri animasi Oh Zara melalui platform Facebook mengesahkan lima maut dalam kemalangan di Jeli Gerik merupakan peneraju utama syarikat itu.

Dalam satu hantaran di page Oh Zara wakil pentadbir Sharifah Amirah menzahirkan dukacita di atas pemergian lima orang penting di dalam syarikat itu.

Kanak-kanak 6 tahun maut kemalangan di Grik rupanya inspirasi siri animasi Oh Zara
Siri animasi Oh Zara

“Saya Sharifah Amirah sebagai wakil admin Oh Zara page berdukacita ingin memaklumkan bahawa Siti Aishah Binti Mohd Rodhi dan Ahmad Khomaini Baba yang merupakan pencipta Oh Zara.

“Manakala Zara Hana Ahmad Khomaini berusia 6 tahun adalah Inspirasi Oh Zara, Sharifah Rohana dan Mohd Rodhi adalah penyokong utama Oh Zara

“Jikalau ada kekhilafan daripada mereka Maafkan lah mereka Ampunkanlan kesalahan mereka

“Semoga Mereka semua tenang di sana. Terima kasih kerana menyokong Oh Zara” tulisnya.

Kanak-kanak 6 tahun maut kemalangan di Grik rupanya inspirasi siri animasi Oh Zara
lima yang maut dalam kemalangan satu keluarga

Oh Zara animation series daripada Motion Capsule Studio khas untuk kanak-kanak belajar mengenai pengurusan diri dan kemahiran asas.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesah lima yang maut dalam kemalangan itu adalah satu keluarga

Yang dikenali Ahmad Khomaini Baba, 32; isterinya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; dan anak mereka, Zara Hana, 6.

Turut maut, bapa Siti Aishah, Mohd Rodhi Othman, 64; dan ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Akibatnya, kenderaan itu melanggar Perodua Alza dinaiki semua mangsa mengakibatkan mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah, manakala pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengalami cedera serta dirawat di Hospital Jeli.

Menurutnya, mayat lima mangsa sudah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Sungai Petani, sebelum itu mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Baca juga: Ahli Dewan Negara Umno pegang jawatan CEO PERTAM, bertentangan Perlembagaan Persekutuan

Baca juga: Bapa terlupa hantar ke nurseri, bayi usia 14 bulan maut ditinggal dalam kereta