Malaysia Dateline

Kapal nelayan terbalik – 4 maut, 3 hilang

Empat mayat ditemui semalam selepas sebuah kapal nelayan terbalik di Sungai Karnaphuli dekat Chattogram, kira-kira 242 kilometer (km) di tenggara Dhaka.

Mayat mangsa ditemui anggota polis dan pengawal pantai di beberapa lokasi di sungai berkenaan dengan bantuan orang awam, kata Pegawai Balai Polis Marin Sadarghat Chattogram, Ekram Ullah.

Memetik Agensi, tiga mangsa termasuk dua kru masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang berjalan.

Jelasnya, pasukan penyelamat berdepan kesukaran menjalankan operasi berikutan arus deras.

Menurut maklumat rasmi, kapal nelayan, FV Magferat membawa 21 orang termasuk 15 kru, sedang ditunda ke Limbungan Sea Reaources berhampiran kawasan Ichhanagar untuk kerja baik pulih apabila bilah kipas kapal itu mengalami kerosakan.

Ekoran itu, kapal tersebut hilang kawalan dan merempuh bot nelayan lain serta boya berdekatan jeti sebelum terbalik.

Baca juga ‘Terkinja-kinja macam monyet, nikah dalam zoo baru betul’ – Majlis kahwin ini teruk kena kecam

Baca juga Patung lilin Chong Wei buat ‘penampilan sulung’ di Singapura