Malaysia Dateline

‘Terkinja-kinja macam monyet, nikah dalam zoo baru betul’ – Majlis kahwin ini teruk kena kecam

Aksi sepasang pengantin dari negara seberang ini teruk kena kecam dengan masyarakat Malaysia termasuk dianggap terkinja-kinja macam monyet.

Ada juga yang berpendapat lebih elok mereka bernikah dalam zoo selain menyifatkan majlis mereka sebagai hilang keberkatan.

“Lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Setan pun geleng kepala tengok majlis ini.

“Patut majlis kahwin, majlis yang diberkati tapi dah jadi majlis maksiat pula dah.

“Mana nak datangnya berkat sesebuah majlis walimah kalau begini caranya,” antara cemuhan warganet.

Terdahulu, pengguna Tiktok, @diskodiwedding dengan lebih 37,000 pengikut berkata, gaya muzik yang dipilih menggambarkan karakter pasangan mempelai.

Wedding entrance anti-mainstream? Yes please!

Style music yang kamu pilih untuk mengiringi jalannya kamu dan pasangan menuju pelaminan haruslah yang paling sesuai dan bisa menggambarkan karakter kalian berdua,” katanya.

Baca juga Warga emas berputih mata melayang hampir RM55,000, batu delima menyala akhirnya dibuang ke sungai

Baca juga Jumpa pembalut luka terpakai dalam makanan, wanita rasa geli tekak