Kecil lagi dah ada sikap peduli pada kawan, aksi murid Darjah 1 ini dipuji orang ramai

Oleh ARIF ATAN

Didikan daripada ibu bapa yang hebat menjadikan generasi seawal usia tujuh tahun sudah mempunyai sikap peduli pada kawan.

Aksi murid Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapit dekat Sarawak membantu rakannya seorang kanak-kanak istimewa dipuji orang ramai.

Ikuti perkongsian Sylvester ini:

“Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas, saya terserempak dengan tiga sahabat ini yang merupakan murid Tahun 1. Dua rakannya sedang membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.

Murid “J” ini sememangnya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tidak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan, semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan lampin pakai buang. Namun, mungkin hari ini dia tidak guna pampers.

Percakapan dia pun tidak berapa jelas iaitu agak perlahan. Tapi yang membuatkn saya bangga, dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengannya.

Bahkan kadang-kadang, kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah. Dia juga seorang yang sengat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.

Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mreka masih berusia 7 tahun.

Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia apabila sudah siap. Selepas itu, mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.

Baca juga Darjah 2 dah diasak cari ayat tersirat, pakar psikiatri ini mahu penggubal silibus jawab

Baca juga Bahaya minum air hujan, profesor ini dedah kawasan terpencil pun tidak terkecuali