Kekal 11 kerusi, tawan lagi 2 kerusi Parlimen-Kemenangan PH Pulau Pinang perlu dipertahankan

Oleh NASUHA RAHMAN

Jentera pilihanraya Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang harus bersiap siaga pada PRU15 ini bagi mengekalkan 11 kerusi Parlimen yang dimenangi PRU 2018 dan dua kerusi lagi perlu ditawan.

Dua kerusi lagi yang tidak berjaya dimenangi pilihan raya lalu dapat ditawan semula nanti.

Perkara itu sebagaimana ditegaska oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap pada majlis Makan Malam Kutipan Dana PKR Pulau Pinang di Bayan Baru malam tadi.

Katanya, rakyat tidak harus lagi memberi mandat kepada Perikatan Nasional (PN) mahu pun BN menjelang PRU 19 November nanti.

“sejajar dengan itu PH akan menentang habis-habisan demi masa depan negara ini.

“Jentera PH harus siap siaga khususnya di Pulau Pinang bagi memastikan kemenangan dalam PRU 2018 yang lalu mampu dikekalkan kemenangannya oleh PH dalam. PRU ke-15 pada 19 November yang akan datang.

” Negara tidak boleh lagi dipimpin oleh BN dan PN setelah terbukti mereka telah menjahanamkan Malaysia melalui pelbagai skandal dan rasuah. Kedua-dua gabungan ini harus ditolak dalam PRU kali ini.

” Adalah diharapkan semua 11 kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh PH di Pulau Pinang dalam PRU ke-14 yang lalu akan dapat dikekalkan serta dua buah kerusi Parlimen yang tidak berjaya dimenangi dapat ditawan semula,” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam PRU yang lalu, kerusi Parlimen Kepala Batas telah dimenangi oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mewakili Umno dan kerusi Parlimen Tasek Gelugor oleh Datuk Shabudin Yahaya dari Bersatu.

Baca juga: Selepas pengumuman PRU-15, Melaka dilanda banjir kilat

Baca juga: Betul ke pam pelan-pelan boleh dapat minyak ekstra? Pakcik Shell buat eksperimen lagi, tak sangka ini hasilnya