Kelas Demokrasi diteruskan di luar UiTM, giliran UM pula malam ini

Oleh ARIF ATAN

Kelas Demokrasi anjuran aktivis, Fahmi Reza diteruskan di luar UiTM Shah Alam selepas dihalang polis bantuan atas arahan pengurusan tertinggi universiti itu.

Kira-kira 100 penuntut UiTM ‘berguru’ dengan Fahmi di Rasa Bumbu, Seksyen 16, Shah Alam.

Siri yang mendedahkan proses dan sistem pilihan raya di Malaysia itu juga dijadualkan bakal berlangsung di Universiti Malaya (UM) bermula jam 8.30 malam ini.

Walau bagaimanapun, kata Fahmi, program itu berubah lokasi ke bangunan baharu, Anjung Ilmu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana lokasi asal di Dataran Sastera ditutup.

“Dataran Sastera ditutup sehingga pemberitahuan lanjut,” kata notis ditampal di pintu ruang luas dilengkapi penyaman udara itu.

Dalam masa sama, ‘UiTM’ muncul trending di Twitter dengan hampir 11,000 ciapan setakat jam 8.15 malam ini.

Baca juga ‘Susur sajalah ke kiri tu kemudian baru masuk ke kanan’ – Ini salah satu punca jalan sesak

Baca juga [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai