Malaysia Dateline

‘Susur sajalah ke kiri tu kemudian baru masuk ke kanan’ – Ini salah satu punca jalan sesak

Tindakan seorang pemandu kereta yang enggan menggunakan susur kiri sebaliknya berhenti untuk terjah juga terus ke lorong paling kanan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Rakaman menerusi dashcam itu yang menunjukkan pemandu itu berhenti sebelum selamba redah pembahagi jalan dianggap salah satu punca jalan raya sesak.

“Susur sajalah perlahan ke kiri tu kemudian tengok selamat dua saat, baru masuk ke kanan.

“Ni kalau jalan yang boleh ke kanan, berapa lama dia tunggu situ, jalan ke kiri pun tak keluar-keluar.

“Lorong kiri tu punyalah luas, nak terjah juga terus lorong paling kanan. Patut spesis ni banyak jumpa dekat tempat aku,” demikian antara komentar warga maya.

Baca juga Laju melulu, main telefon, tak pakai tali pinggang keledar – Pemandu wanita ini teruk kena kecam

Baca juga [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai