Malaysia Dateline

Keluarga berpendapatan rendah bawah RM449,800 setahun bukan saja belajar di universiti secara percuma, bantuan kewangan pun dapat

Keluarga yang berpendapatan rendah kurang daripada AS$100,000 (RM449,800) setahun diberi belajar secara percuma di peringkat universiti.

Peluang itu diberikan kepada pelajar ijazah pertama untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mulai tahun depan.

Pengumuman tentang perkara itu diumumkan oleh pihak pengurusan universiti tersebut pada minggu lalu.

Pelajar-pelajar tersebut tidak perlu membayar sebarang bayaran termasuk kos bilik penginapan di universiti tersebut.

Sebaliknya, mereka akan diberikan bantuan kewangan sebanyak AS$4,050 (RM18,216) pada setiap tahun untuk pembelian buku dan perbelanjaan peribadi.

Lebih daripada 1,500 pelajar atau 25 peratus daripada pelajar unibersiti itu dijangka mendapat peluang pendidikan percuma tersebut.

Sebelum ini, hanya pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan kurang daripada AS$65,000 (RM292,370) setahun mendapat bantuan kewangan penuh.

“Salah satu nilai Princeton ialah komitmen kami untuk memastikan pelajar-pelajar berbakat dari semua latar belakang bukan sahaja mampu mendapatkan pendidikan tetapi boleh berkembang di kampus kami dan di dunia di luarnya,” kata Christopher L. Eisgruber iaitu Presiden Universiti Princeton dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Michelle Obama iaitu isteri bekas Presiden AS, Barack Obama dan bilionair Jeff Bezos pernah belajar di universiti itu, dipetik Agensi.

Baca juga: Gara-gara isteri sakit perut, perbuatan suami 4 tahun yang lalu akhirnya terbongkar