Malaysia Dateline

‘Kena pakai minyak apa lepas ni? Minyak masak, minyak tanah…?’

Dakwaan seorang individu bergelar ustazah kononnya mengikut perubatan Islam tidak boleh guna minyak angin mengundang kecaman warga maya.

Rata-ratanya mempersoal minyak apa boleh diguna untuk meredakan kesakitan kepada Tiktoker yang pernah menyelar suami yang membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka.

“Kalau ikutkan memang tak boleh pun (guna minyak angin). Minyak angin boleh menyebabkan seseorang itu berangin.

“Jika disapu terlalu banyak, anginnya boleh berubah menjadi ribut. Kalau nasib tak baik, boleh menyebabkan taufan,” perli Mat Deris.

Ramai lagi menyenaraikan pelbagai jenis minyak yang mungkin boleh diguna sebagai altenatif.

“Pakai minyak lebih goreng ikan boleh kot untuk ustazah ni.

“Dia pakai minyak lintah agaknya.

“Dah tu kena pakai minyak apa lepas ni? Minyak masak? Minyak sapi? Minyak tanah? Petrol? Diesel? Minyak hitam? Minyak enjin? Minyak brek?” demikian bebelan netizen.

Dalam masa sama, ada yang berkongsikan pengalaman ibu mereka yang menggunakan minyak panas hijau sambil berselawat.

“Masa saya keci dulu, arwah mak saya sapu minyak panas hijau sambil selawat. Pernah juga mak suruh sapu, bancuh dengan belerang sulfur yang dimasak dengan apa entah, sebab kami gatal-gatal.

“Tapi mak saya bukan ustazah, setiap kali buat apa-apa mak pesan baca Bismillah dan selawat.

“Jelaslah, konsepnya berserah dan yakin Allah yang menyembuhkan. Bolehlah pakai minyak Afiat, ya ustazah,” kata pengguna Facebook, Hajar Mohamed pula.

Baca juga ‘Minat betul pocong dengan papan tanda, nasib baik dia tak pilih huruf A’

Baca juga Larikan rantai emas bernilai RM19,000, lelaki sanggup berenang sungai penuh ular untuk ke Myanmar