Kenapa Hamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang?

Oleh NASUHA RAHMAN

Mengapa Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Apakah kerana Tan Sri Mahiaddin Yassin sudah tidak berminat lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, demikian menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Puad Zarkashi mempersoalkan apakah ini akan berlaku peralihan kuasa di mana Hamzah sebagai ‘poster boy’ Perikatan Nasional pada Pilihan Raya ke-16 dan seterusya dia akan dicalonkan sehagai Perdana Menteri.

“Biasanya Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri.

“Mana mungkin Mahiaddin tidak mahu jadi PM lagi walaupun dia ada masalah umur dan kesihatan,” kata Puad.

Justeru itu, beliau tidak menolak mana mungkin Mahiaddin tidak sanggup jadi panglima perang di Parlimen.

“Dia pun ada ‘beggage’. Mungkin ada strategi lain.

“Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat,”katanya.

Beliau percaya lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

“Macam macam dia boleh main. Jangan Mahiaddin musnah di tangan Hamzah sudahlah,”jelasnya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Baca juga: Duda ditemui mati tergantung dengan tali berlapik kain dileher di Putrajaya