Kenapa M40 paling ramai mohon RM10,000 KWSP? Ini rasionalnya…Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan seramai 5.3 juta pemohon di bawah skim Pengeluaran Khas telah diterima setakat 14 April lalu.
Jumlah yang memohon itu bernilai RM40.1 billion.
Namun permohonan dalam kalangan M40 adalah yang paling ramai iaitu 59 peratus berbanding 55 peratus dalam kalangan B40.
Tahukah anda kenapa M40 begitu ramai yang memohon? Seorang pengguna Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa memberitahu rasionalnya mengapa golongan ini ramai memohon pengeluaran khas.
59% M40 memohon RM10K EPF…
M40 ni pendapatan isi rumahnya lebih kurang RM4,851 sebulan sehingga RM10,970
Bila kata pendapatan isi rumah. Senang cerita, kalau dah kahwin tu nilai yang disebut ini adalah combination gaji suami dan isteri.
So, M40 ni nak kata senang, tak senang. Nak kata susah, tak susah. Tapi most of the time sesak jugak lah..hahhaa😆
Kenapa sesak? Kebanyakkan M40 ni kerja as professional.
Kerja professional ni kebanyakkannya ada dibandar.
Bila dibandar. Kos hidupnya tak murah.
Org kata, “ok lah tu combine laki bini dekat RM5,000. Nak apa lagi?”
Huhu..ada betulnya juga statement tu. Tapi tidak ok kalau hidup dibandar.
Dah duduk di bandar, tak kan nak dok bawah jambatan? Ada family kot..Kena juga ada rumah. Nak beli rumah dibandar? Kirim salam lah..hahah..rumah PPR pun rate sewanya lebih RM1k. So, sewa nak kena bayar.
Belanja makan? Tak payah lah aku ulas benda ni. Semua tau apa yg jadi sekarang. RM50 tu..aduhai..suku trolley pun tak dapat..huhu
Dah sewa rumah nak bayar, makan pun mahal, terpaksa lah laki bini kerja.
Dah laki bini kerja. Siapa nak jaga anak? So, anak nak kena hantar pengasuh pulak. Rate pengasuh sekarang bukan main…Secara general:
Baby: RM400 sebulan
Kalau umur anak 3-5 tahun: RM350 sebulan
Kalau mak ayah kena kerja hari Ahad/PH? Duit pengasuh saja boleh cecah RM40 sehari.
Rate tadika? Nak mohon tadika kemas tak layak. So, hantar tadika swasta. Tadika swasta ni..Alamak tuan…dia punya yuran pendaftaran pun macam hantar anak ke universiti. Beribu-ribu nak kena ada duit.
Anak dah sekolah? M40 ni nama je ada kereta sendiri. Tapi tak mampu nak hantar anak hari-hari.
Sebab apa? Sebab kena kerja di office. Office pulak jauh dari rumah. Nak lari amik hantar anak sekolah memang tak sempat..End up kena cari van sekolah pulak. Van sekolah je average RM120 sebulan.
Tu belum kira lagi nak kena bayar pinjaman pelajaran, bil api, bil air, bil telefon, tol, minyak kereta semua.
M40 ni nampak gaji je banyak. Tapi hakikatnya “sesak”.
So, tak hairanlah kalau peratus ahli EPF kategori M40 yang mohon keluarkan EPF RM10k lagi tinggi dari ahli EPF kategori B40.
Sekurang-kurangnya bolehlah tampung apa yang tak cukup. Lagi-lagi dah nak raya ni.
Hakikatnya begitulah..Hidup sekarang memang tak murah. Kalau tak pandai manage, memang parah.
Fikir-fikirkanlah…
Baca juga: Bayaran pengeluaran khas KWSP dipercepatkan mula dikredit hari ini