Kebanyakkan rumah di Jepun kecil tetapi lapang bahkan suri rumah di negara itu lebih banyak meluangkan masa dengan anak dan keluarga berbanding membuat kerja-kerja rumah.
Tetapi suri rumah di Malaysia banyak menghabiskan masa sepanjang hari menguruskan hal rumah termasuk memasak dan yang paling lama ialah mengemas rumah.
Mengemas rumah salah satu kerja yang mengambil masa yang lama seperti membetulkan perabot, mengemop lantai, manyapu sampah, membuang habuk ini disebabkan kebanyakkan rumah dipenuhi banyak perabot.
Berbanding di Jepun, rumah mereka hanya sekadar hamparan tikar sahaja tidak banyak perabot jadi ia menyenangkan suri rumah dan tidak banyak membuang masa untuk mengemas perabot.
Seorang rakyat Malaysia yang dikenali Normaliza Mahadi pernah tinggal di Jepun mendedahkan bagaimana rumah orang Jepun sempit tetapi lapang.
“Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
“Rumah orang Jepun kecil-kecil aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
“Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang2 bertukar jadi dragon. Dia orang ada byk masa main ngan anak, cakap baik2 ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.
“Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam2 kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori2. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
“So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
“Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang utk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.” katanya yang berkongsi pengalaman berada di Jepun.
Baca juga: Akhirnya Nurul Izzah berkahwin semula, kali ini dengan Yin Shao Loong
Baca juga: Dadah 15.88 kg dalam bungkusan teh cina cuba diseludup, suami isteri dicekup