Malaysia Dateline

‘Kenapa tak boleh bawa mak?’- Generasi sekarang ada yang tak tahu ibu bapa tak boleh ikut masa temu duga

Bawa ibu bapa datang teman ke temuduga ini bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku. Hakikatnya, sudah banyak kali terjadi dan nampaknya mereka yang baru menamatkan pengajian tidak sedar akan tanda amaran atau red flag berkenaan hal ini.

Bawa ibu bapa sehingga ke bilik temuduga adalah perkara yang dilarang yang boleh menyebabkan seseorang itu gagal dalam sesi temuduganya. Tidak hairan jika saat ini ramai yang tidak tahu berkenaan hal ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Danial Arif, dia memberitahu sememangnya ada anak-anak muda zaman sekarang yang tidak tahu ibu bapa tidak boleh datang menemani calon semasa temuduga.

Menurutnya, walaupun hal itu merupakan pengetahuan asas (common sense) yang sepatutnya semua tahu, tetapi generasi sekarang memang ramai yang tidak tahu berkenaan hal itu.

Kadang-kala bukan salah si anak, tetapi salah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sampai mereka mahu ke temuduga pun ibu bapa nak ikut.

Dia turut menyertakan satu tangkap layar yang dijumpainya dari laman TikTok kerjakosong2022 yang memaparkan beberapa komentar dari pengguna media sosial itu yang tidak mengetahui bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik temuduga.

“Jangan terkejut ya… ada anak-anak muda zaman sekarang, ada yang tak tahu pun masa interview tak boleh bawa mak. Bagi kita benda ni sebenarnya macam common sense je.

“Tapi, bagi manusia generasi muda sekarang, tak semua tahu bab ni. Saya jumpa satu video ni dekat TikTok… pasal perkara yang dilarang masa hadir temuduga kerja.

“Ada yang tanya ‘kenapa tak boleh bawa mak?’. Perkara ni kita tak boleh kecam si tukang tanya. Kita kena kaji apa punca kenapa orang muda sekarang ada segelintir manja dan tak boleh berfikir dengan betul.

“Kalau baca salah satu screenshot tu pun, anda akan perasan puncanya kadang-kadang ada mak ayah sendiri yang terlebih manjakan anak… Sampai anak nak pergi interview pun nak ikut juga.

“Kalau setakat ikut dan tunggu dekat kereta/lobi… okay je lagi. Tapi ni ikut masuk interview,” katanya.

Baru-baru ini pengendali akaun kerjakosong2022 ada berkongsikan satu panduan kepada pemburu kerja agar tidak melakukan beberapa larangan ketika dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bersama bakal majikan.

Antaranya, calon tidak dibenarkan untuk memakai selipar, sentiasa menyediakan pen, jangan duduk suka-suka hati tanpa adab, bawa dokuman yang lengkap, jangan datang lambat, jangan bawa perangai ‘kekwat’ dan tidak membawa ibu bapa memasuki bilik temu duga.

Bagaimanapun, menerusi beberapa reaksi diterima di TikTok itu, ada yang tertanya mengapa mereka tidak dibenarkan membawa ibu ke sesi temuduga dan mendakwa mereka tetap dapat kerja biarpun ibu ada bersama.

Ada juga yang memberitahu bukan mereka yang ingin ibu ikut bersama, tetapi ibu sendiri yang berkeras ingin menemani ke bilik temuduga.

Mak sampai tolong jawab bagi pihak anak

Sementara itu, pemuda berkenaan menasihatkan bahawa budaya “Helicopter Parenting” tidak sihat kerana ibu bapa hanya akan membesarkan anak-anak yang tidak dapat survive dalam kehidupan sebenar.

Baca juga: Individu cerita pengalaman dijerat jadi scammer, dibayar RM4,500 jika setiap seorang rakyat Malaysia tertipu

Baca juga: Aksi wanita ini terserempak dengan ‘ex’ buat warganet terhibur