Malaysia Dateline

Kenapa tak sebut 83% penerima rasuah Melayu Islam?-Dunia akademik kena jujur dengan fakta dan data

Dalam menyampaikan sesuatu kajian khususnya mereka yang berada dalam dunia akademik hendaklah jujur dengan fakta dan data.

Bukannya bersifat berat sebelah kerana kajian yang diakukan itu tidak menyebelahi apa yang dikehendaki.

Aktivis pro rakyat Mohd Mukhlis Mohd Sharif berkata dalam dunia akademik yang dipelajarinya perlu mempunyai sifat jujur dengan fakta dan data dalam mengemukakan kajian yang dibuat.

“Kalau hasil kajian tak menyebelahi pendapat kita, jangan pula kira cherry picking data,” katanya.

Beliau berkata, menceritakan satu perkara dari sebelah pihak sangatlah tidak beretika.

Kenapa tak sebut 83% penerima rasuah Melayu Islam-Dunia akademik kena jujur dengan fakta dan data
rasuah

Berkongsi satu jurnal di Facebooknya beliau berkata menurut jurnal ini di sebut pemberi rasuah bukan Melayu adalah sebanyak 87.97%, tapi kenapa pula tidak dinyatakan penerima rasuah sebanyak 82.32% itu Melayu Islam?

“Adakah kerana data tersebut tidak sesuai dengan naratif, terus di senyapkan?

Bagaimanapun beliau berkata dalam isu rasuah Nabi SAW melaknat dua-dua pihak yang memberi dan menerima rasuah tidak kira bangsa apa

“Rasulullah saw melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah)

“Jadi bertakwalah pada Allah bila menulis, dan jujur pada ilmu dan bukan menyembunyikan kebenaran,”ujarnya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa 88% daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah terdiri daripada bukan Melayu.

Mohd Zuhdi berkata demikian dengan memetik kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan, namun tidak menyatakan nama universiti tersebut.

Kenyataan Zuhdi itu dilihat mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mendakwa bukan Islam sebagai punca utama berlaku rasuah.

Pada 1 Sept, Zuhdi mendakwa Pakatan Harapan (PH) dikelilingi golongan pemberi rasuah, yang lazimnya adalah daripada kalangan “tauke” dan bukan Bumiputera, dipetik Malaysiakini.

Baca juga: MUDA perlu tegas kekal condong pada PH

Baca juga: Cegah varian Omicron, Kementerian Kesihatan masih kaji pelaksanaan vaksin untuk golongan memerlukan