Malaysia Dateline

Kerajaan belanja hampir RM1 juta untuk lawatan rasmi 4 duta khas PM

Hampir RM1 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk lawatan rasmi empat duta khas perdana menteri dalam tempoh dua tahun.

Empat duta khas itu terdiri daripada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang (Timur Tengah), Presiden Parti Demokratik Progresif, Tiong King Sing (China), Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Richard Riot (Asia Timur) dan Presiden MIC, S Vigneswaran (India dan Asia Selatan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abd Latiff Ahmad berkata, perbelanjaan 4 duta khas tersebut melibatkan kos sebanyak RM923,455.10 termasuk lawatan rasmi di dalam dan luar negara.

Perbelanjaan dikira dari Januari 2020 hingga Jun 2022.

Dalam jawapan bertulis menjawab persoalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu), Abdul Latiff berkata perbelanjaan itu digunakan untuk melaksanakan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan, selain menarik pelaburan ke dalam negara.

Katanya, utusan khas perdana menteri turut mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan beberapa duta dan Kuasa Usaha Sementara (CDA) kepada negara berkaitan bagi mendapatkan maklum balas langsung.

“Ini juga mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Terdahulu Foong Hin bertanya berhubung tugas setiap duta khas perdana menteri secara terperinci mengikut pecahan tajuk urusan kerja, tarikh dan perbelanjaan pada 2020 hingga 2022.

Baca juga: Faizal Azumu berlakon dalam drama, netizen komen nak juga baling telur dekat Peja!

Baca juga: Macam inilah nasib rakyat marhaen di KL, ramai mengeluh bersesak dalam LRT pada waktu puncak

Baca juga: Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar