Malaysia Dateline

Kerajaan BN kerajaan cap ayam, tidak wajar diberi peluang sekali lagi

Kerajaan BN yang dilabelkan kerajaan cap ayam adalah kerajaan yang gagal kerana ia lemah dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat tidak wajar diberi peluang sekali lagi.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN perlu berkuasa semula kerana mahu sebuah kerajaan yang stabil adalah tidak berasas sama sekali kerana dasar pemerintahan yang serupa akan dilaksanakan sekiranya BN berkuasa semula.

“Harus disedari bahawa yang sedang memerintah sekarang adalah BN. Seandainya mereka menang pun maka ia masih lagi BN dan rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan dipatuk ular sebanyak dua kali.

“Tidak mustahil, sekiranya BN menang sekali lagi sudah pasti GST akan dilaksanakan semula kerana yang berkuasa dalam BN adalah kumpulan Najib dan Zahid. Maka korupsi dan penyelewengan akan berterusan.

Kerajaan BN kerajaan cap ayam, tidak wajar diberi peluang sekali lagi
Faiz Fadzil

“Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada zaman BN iaitu tahun 2017 dan 2021 adalah sama pada kedudukan tangga ke 62.Di zaman pemerintahan mereka jugalah ekonomi dan pentadbiran negara lemah dengan pelbagai kes rasuah,” ujar beliau.

Tambah Faiz lagi, jika pun adanya projek mega, seperti projek ECRL dan pinjaman dari China, kek besar tidak pun dikongsi dengan rakyat.

Impaknya kata beliau, harga barang mulai meningkat di zaman pemerintahan BN setelah GST dilaksanakan dan inflasi pada Februari 2016 kadar 4.2 peratus melonjak naik kepada 5.1 peratus pada Mac 2017.

Sejajar dengan itu soal beliau, di manakah relevannya perlukan kerajaan stabil sskiranya dasar yang sama terus memerintah.

Tegasnya, pembangkang tidak gentar untuk berhadapan dengan pilihan raya, cumanya PH meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik.

Kata Faiz lagi, sewajarnya kerajaan gunakan wang negara yang ada untuk kembalikan subsidi kepada barangan asas seperti ayam yang mana peruntukan sebanyak RM720 juta kepada penternak telah dibatalkan.

“Tatkala itu barulah rakyat mendapat harga ayam yang murah dan ini belum lagi dikira harga barangan asas lain yang perlukan sokongan kerajaan,” ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan Zahid supaya sedar bahawa kos pilihan raya umum boleh mencecah RM1 bilion di mana kos pilihan raya negeri Melaka, Sarawak dan Johor sahaja mencecah lebih RM290 juta serta bukankah ia merupakan satu pembaziran dikala rakyat sedang menderita.

Baca juga: Bon Odori: Menilai konsep federalisme dan strukur pentadbiran agama Islam