Malaysia Dateline

“Kerajaan cetak wang banyak-banyak pun boleh jadi inflasi” – Syarikat pelaburan perjelas isu inflasi yang ramai keliru

Sekarang ini orang ramai pasti sudah biasa dengar tentang inflasi. Jika dijelaskan pada orang kampung, orang cakap inflasi ini bermaksud ‘harga barang naik’. Tetapi ramai tak tahu apa sebenarnya inflasi dan konsep inflasi sebenar.

Sebuah syarikat berkaitan kewangan dan pelaburan, Hi Wealth Asia menyediakan satu artikel pendek yang menjelaskan sebenarnya inflasi ini adalah satu istilah ekonomi yang menceritakan tentang kenaikan harga barang dan turunnya kuasa membeli rakyat.

“Inflasi ni bila anda bayar RM15 untuk perkhidmatan gunting rambut yang bernilai RM10 yang dulu anda bayar RM5 je masa anda kecil.

“Inflasi ni benda yang kita tak boleh elak. Dan sebenarnya, inflasi yang terkawal ni bagus untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

“Cuma, bila cepat sangat naik, itu jadi masalah sebab nilai setiap ringgit itu jadi kurang. Kerajaan dan Bank Negara akan cuba kawal kadar inflasi ini dengan peraturan kewangan dan polisi kewangan (nilai OPR, contohnya)

“Contoh inflasi: Sebuah bakul makanan yang berharga RM100 pada April 2022, hanya berharga RM79.90 pada tahun 2010,” jelasnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Apa penyebab inflasi?

Secara mudah, Hi Wealth menyenaraikan bahawa inflasi ini terjadi apabila berlaku kenaikan kos penghasilan dan diikuti dengan permintaan untuk produk dan servis lebih pantas dari supply. Dua perkara ini berlaku disebabkan tiga faktor.

Kami kongsikan penjelasan penuh di bawah:

i. Cost-Push Inflation

Harga kos penghasilan naik, harga barang naik. Pengilang akan tolak tambahan kos ini kepada end user seperti kita. Sebab kos penghasilan ni ada banyak; Kenaikan cukai kerajaan, kenaikan bahan api, bencana alam, kekurangan tenaga kerja, kenaikan gaji minima, kenaikan kos bahan mentah, kekurangan bahan mentah dan sebagainya.

ii. Demand pull inflation

Inflasi juga berlaku bila permintaan untuk barang / servis lebih banyak dari pengeluaran. Bila barang limited dan orang ramai nak barang tu, mereka sanggup bayar mahal.

Antara punca berlakunya benda ni pun banyak; kerajaan cetak lebih banyak duit, inovasi / teknologi baru, turunya kadar faedah, pemotongan cukai, marketing yang bagus, ekonomi yang bertambah baik & dasar semasa kerajaan.

iii. Built-in Inflation (Wage-Price Spiral)

Rakyat amnya nak gaji yang lebih tinggi disebabkan kenaikan kos sara hidup. Bila Cost-Push Inflation & Demand pull inflation yang di atas berlaku, rakyat akan demand gaji lebih mahal.

Bila gaji lebih mahal dibayar kepada rakyat, kos pengeluran juga akan naik kerana bayaran buruh naik.

Harga barang naik kemudian rakyat mahu gaji naik. Jadi bila gaji naik, kos pengeluaran dan pengurusan naik. Kemudian ulang balik dari awal di mana harga barang akan terus naik. Ulang je kitaran ini sampai kiamat.

Semakin banyak wang dicetak & inflasi

Orang selalu kaitkan kerajaan print duit lebih sebabkan inflasi. Lambakan duit yang dicetak dalam pasaran sememangnya memainkan peranan dalam menentukan faktor cost-push dan demand-pull inflation tadi.

Bermaksud, duit yang dicetak ini menjadi terlalu banyak, lebih banyak dari jumlah ekonomi yang berkembang.

Duit yang dicetak > Pertumbuhan ekonomi = Inflasi

Kena ingat yang bekalan duit dicetak ni bukan bagi kesan pada duit kertas saja, tapi juga kredit, pinjaman dan pinjaman perumahan.

Penting kena ingat bahawa lambakan duit yang dicetak tu akan meningkatkan permintaan dalam pasaran jika duit ini sampai ke tangan pengguna. Jika duit-duit ini tidak sampai kepada pengguna, inflasi takkan begitu ketara.

Contohnya, waktu recession 2008 di US, kadar bunga pinjaman adalah rendah, tapi syarat pinjaman adalah ketat. Akibatnya, kebanyakannya duit pada masa tersebut pergi ke tangan mereka yang kaya. Kenapa?

Sebab harga aset mengalami inflasi kaw-kaw (orang kaya beli stock & real estate) dan rakyat marhaen tak boleh buat apa-apa sebab mereka tak ada access untuk that “cheap money”.

Tapi inflasi tak berlaku dengan ketara. Sebab apa? Sebab lebihan duit tu tak sampai pada mereka.

Tahap Inflasi

i. Creeping Inflation: Inflasi naik sehingga 3% setahun. Ini bagus untuk pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik & terkawal. Pendapatan rakyat juga naik.

ii. Walking Inflation: Inflasi melebihi 3% hingga 10%, tapi tempoh dia kekal adalah panjang. Ini tak berapa bagus sebab ia permulaan kepada kerosakan pada ekonomi dasar.

iii. Galloping Inflation: Bila inflasi lebih 10%. Benda ni masalah besar & susah nak dikawal. Nilai duit berkurangan pada tahap tak terkawal dan kenaikan barang dah susah nak bendung.

iv. Hyperinflation: Bila inflation bulanan cecah 50% dalam sebulan (1000% setahun). Inflation paling ekstrim. Harga boleh naik berkali-kali dalam sehari.

Barang harga RM10 pagi, sebelum malam dah boleh cecah RM100. Time ni, duit dah hampir tak ada nilai. Orang akan mula hoard (kumpul) barangan takut harga makin mahal, jadi pasar raya dan pasar akan kosong. Bekalan makanan terputus.

Semua simpanan wang, pelaburan, pencen semua tak bermakna sebab kuasa membeli berkurang dengan teruk. The whole monetary system akan collapse.

P/S: Gambar hyperinflation yang berlaku di Zimbabwe. Kadar inflasi dia pernah mencecah 250,00,000 %. Punyalah parah sampai kerajaan mereka pernah print duit not Z$100 trillion.

Baca juga: Pelanggan sapu habis ayam mentah sampai dua troli

Baca juga: Doktor beri amaran jangan biasakan bawa anak ke pawagam, banyak kesan tak baik pada bayi