Malaysia Dateline

Kerana ibu takut bil elektrik tinggi, suami halau isteri 2 hari dikahwini

Hanya kerana ibu mengadu takut bil elektrik melambung menyebabkan anak lelakinya bertindak menghalau isterinya yang baru 2 hari dikahwini keluar dari rumah di wilayah Henan di utara China.

Ianya terjadi ia terjadi selepas ibu lelaki berkenaan mengadu mengenai sikap menantunya cuba menghidupkan pendingin hawa ketika suhu di negara itu melonjak melebihi 41 darjah Celsius.

Berikutan itu berlaku perselisihan faham antara mereka kerana ibu mentuanya tidak bersetuju tindakan menantunya itu kerana bimbang bil elektrik akan melambung tinggi.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan berlakunya perselisihan faham antara mereka sebelum ibu mentua wanita terbabit meninggalkan rumah dalam keadaan marah.

Si suami kemudiannya menemui ibunya dan mereka pulang ke rumah, kira-kira tengah malam.

Sebelum tiba di rumah, si ibu mengadu kepada anaknya sehingga mencetuskan pergaduhan antara suami isteri itu.

Video pertengkaran itu tular selepas dimuat naik naik di platform dalam talian Miaowen, pada 29 Julai dan menunjukkan seorang lelaki menjerit ke arah isterinya.

“Adakah saya tidak dibenarkan mengadu mengenai kamu?” Lelaki itu bertanya, dan isterinya menjawab, “Kita sudah bertengkar dua kali.”

Isteri bertanya kepada suaminya sama ada dia akan menyokongnya apabila berselisih faham dengan ibu mentuanya.

Suaminya tidak mengendahkan soalan itu dan terus memaki hamun dan menunjuk ke arah isterinya, yang cuba mencelah, tetapi tidak berjaya, dipetik Harian Metro.

Lelaki itu keluar dari bilik selepas memberi amaran kepada isterinya supaya meninggalkan rumah mereka.

Bagaimanapun, tiada maklumat menyatakan sama ada wanita itu benar-benar keluar dari rumah didiaminya.

Perdebatan di laman sosial mengenai perceraian di China dan hubungan antara isteri dan ibu mentua mereka tercetus selepas tularnya video berkenaan.

Baca juga: KPPA wajar direhatkan, dia tidak melambangkan ketua yang baik

Baca juga: 2 hari meluncur di jalan raya, Perodua Alza jadi idaman terlibat kemalangan