Malaysia Dateline

KPPA wajar direhatkan, dia tidak melambangkan ketua yang baik

Susulan insiden di imigresen KLIA ada yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) direhatkan kerana sikap beliau tidak melambangkan seorang ketua penjawat awam yang baik, bertanggungjawab dan menghormati.

Beliau bertindak menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA dihadapan khalayak sekaligus memalukan pegawai terbabit.

“Rehatkanlah dan cabutlah jawatan KPPA jika begini tindak tanduknya. Dia tidak melambangkan seorg Ketua Penjawat Awam yg baik,bertangugjawab dan menghormati.

“Apa yang berlaku seperti yang didedahkan ini membuktikan KPPA tidak layak berada di kerusi jawatan tersebut.

“KSN Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, KPPA ini memalukan untuk terus kekal sebagai Ketua,” demikian menurut Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik.

Sebelum itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mendesak KPPA memohon maaf secara terbuka atas kekasaran yang dilakukan ke atas seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Khairil Niza Khairuddin berkata, mereka amat terkilan dengan insiden berkenaan yang nyata memberi nama buruk kepada sektor perkhidmatan awam negara.

KPPA selaku teraju utama sektor terbabit tidak seharusnya bertindak di luar batas, termasuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai yang sedang bertugas.

“Kami yang mewakili 14,000 pegawai JIM seluruh negara amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku ditunjukkan penyandang tertinggi portfolio perkhidmatan awam ini, hanya kerana perkara kecil yang boleh diselesaikan secara baik.

“Beliau tidak cakna dengan kesusahan rakyat dan orang awam lain yang sabar beratur menunggu giliran dalam melepasi pemeriksaan di kaunter biasa lain.

“Beliau tidak dapat mencontohi kepimpinan seperti mana KPPA sebelumnya dan tidak layak menjawat jawatan tersebut,” katanya, berang.

Tegas Khairil Nizam, tindakan harus diambil ke atas mana-mana penjawat awam yang bersikap sombong dan angkuh seperti ini, bagi memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan.

Baca juga: “Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now”

Baca juga: Lelaki ditahan buat ‘part time’ edar 3,840 tin arak yang diseludup