Malaysia Dateline

Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi Nanga Ngungun dijangka siap tengah hari ini – Fahmi

Isu mengenai kekecewaan penduduk rumah panjang di Nanga Ngungun mengenai kekurangan perkhidmatan telekomunikasi dan sambungan internet yang menjejaskan kawasan itu sejak 7 Disember akhirnya bakal diselesaikan hari ini menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran Facebook, Fahmi memaklumkan beliau telah menerima aduan mengenai masalah tersebut dan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mendapatkan maklumat serta tindakan segera.

“Hari ini saya ada terima aduan masalah perkhidmatan telekomunikasi dan capaian internet di Nanga Ngungun, Kanowit yang dikatakan terkesan sejak 7 Disember.

“Saya telah hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk dapatkan maklumat serta tindakan segera,” ujarnya.

Fahmi memaklumkan genset ke ‘serving tower’ di Bukit Melapi rosak dipercayai akibat litar pintas dan mendapati menara ini di bawah program Universal Service Provision yang diselenggara syarikat Celcom

“Pihak Celcom telah ke tapak hari ini (semalam) dan melaporkan bahawa alat-alat gantian akan tiba dari Kuching pagi esok (hari ini) dan kerja baikpulih dijangka siap pada tengah hari.

“Saya telah minta SKMM untuk beri update sejurus kerja-kerja baikpulih siap,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan mengenai penduduk yang meluahkan rasa kecewa dengan gangguan perkhidmatan terbaru itu dan menjejaskan kehidupan tidak kurang 4,000 penduduk rumah panjang di sekitar Nanga Ngungun dan sekitarnya.

Baca Juga: 5 pembaharuan PM Anwar dalam tempoh dua minggu di Putrajaya

Baca Juga: Tiada sekelumit ucapan yang mencambah kebencian, masyarakat bukan Muslim pun teru