Malaysia Dateline

“Kerja kami stress layan budak” – Luahan pembantu taska dibelenggu isu gaji rendah

“Pemilik taska pakai Honda 2,3 biji, pakai barang berjenama sana-sini, tapi gaji buruh bangla lagi tinggi dari kami pekerja taska,”.

Demikian luahan seorang pembantu taska yang tular di media sosial sehingga meraih perhatian warganet yang turut berkongsikan perasaan sama.

Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.

Katanya, dia bekerja 12 jam setiap hari tetapi dibayar dengan kadar gaji rendah dan tidak boleh menuntut bayaran over time (OT).

Kami kongsikan luahan penuh individu berkenaan.

Saya nk meluah dan nak minta pendapat semua. Kenapa ya gaji pembantu taska ni tak boleh terima gaji minimum macam orang lain?

Sebelum ini, gaji minimum RM1,200 pembantu taska dapat RM1,000 sahaja. Dan ada tempat yang terima kurang dari tu. Mulai bulan ni gaji minimum naik RM1,500 kami hanya dpat naik RM1,200.

Pemilik taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.

Dibayar kecil, stress pula tu, tak hairan ada kes dera

Pemilik taska pakai (kereta) Honda 2,3 biji, pakai barang berjenama sana sini, tapi gaji bangla buruh lagi tinggi dari kami pekerja taska.

Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna akaun peribadi sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan mmg tak boleh buat apa-apa ke ? Kerja 12 jam hari-hari tak kira OT langsung.

Kerja kami lagi tertekan sebab kerja dengan budak-budak. Guna tenaga dan mental. Maaf cakaplah, memang tak hairan kadang-kadang ada kes dera.

Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak. Tapi lama-lama tertekan sebab gaji sangat tak setimpal dgn apa yang kami hadap hari-hari.

Gaji RM800, tapi hujung minggu pun kena kerja

Meninjau di ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa yang sama apabila mereka dibayar hanya RM800 tetapi lebih teruk kerana perlu bekerja pada hujung minggu

Baca juga: “Stress teramat”- Warganet kongsi pengalaman setiap hari hadap jem teruk di KL

Baca juga: Ada sebab kenapa ‘air cond’ tak boleh buka serentak dengan kipas siling, rupanya nanti makin panas!