Malaysia Dateline

Kes aktif Covid-19 dan ICU meningkat, kes sembuh terus berkurang

Sejak dua hari berturut-turut kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan meningkat dengan 61,395 kes hari ini ekoran pertambahan lagi 5,586 kes baharu. 

Sementara itu, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga bertambah dengan 886 kes berbanding 866 kes semalam.

Pandemik juga terus menelan korban dengan 60 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan senarai kematian akibat Covid-19 bertambah kepada 4,944 kes iaitu 0.67 peratus.

Dalam masa sama, terdapat 4,777 kes sembuh dilaporkan hingga jam 12 tengah hari tadi sekali gus menyaksikan penurunan kes pulih untuk dua hari berturut-turut.

Angka kes sembuh baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah sebanyak 667,709 kes atau 90.96 peratus.

Untuk rekod, Malaysia pernah mencatatkan kes sembuh daripada jangkitan pandemik tersebut yang tertinggi dengan sebanyak 8,334 pada 12 Jun lalu.