Malaysia Dateline

Kes aktif Covid-19 dan ICU terus meningkat, jumlah kematian lepasi 5,000 kes

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan terus meningkat tiga hari berturut-turut dengan 61,812 kes hari ini susulan pertambahan lagi 5,218 kes baharu. 

Dalam tempoh 24 jam juga, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertambah kepada 899 kes berbanding 886 kes semalam.

Daripada jumlah pesakit di ICU hari ini, 451 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pandemik juga terus menelan korban dengan 57 kes baharu menjadikan senarai kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 5,001 kes iaitu 0.68 peratus.

Dalam masa sama, terdapat 4,744 kes sembuh dilaporkan hingga jam 12 tengah hari tadi sekali gus menyaksikan penurunan kes pulih untuk tiga hari berturut-turut.

Angka kes sembuh baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah sebanyak 672,453 kes atau 90.96 peratus.