Malaysia Dateline

Kes komunikasi sumbang: Usahawan kosmetik ini akan didakwa

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tiba di Kompleks Mahkamah Sepang bagi berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Pemilik kepada nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman itu dilapor muncul di perkarangan kompleks berkenaan pada jam 9.50 pagi tadi.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

Terdahulu, Vida dikatakan bakal didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tindakan itu susulan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.

Baca juga ‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe’ – Lagu dengan Datuk Vida ‘trending’ kena dengan mood PRU15

Baca juga ‘Bungkus diri’ dalam tren, tindakan wanita ini buat netizen geli hati