Video berdurasi 10 saat memaparkan seorang rider penghantar makanan, Grabfood menanti pelanggan di luar rumah dalam keadaan hujan lebat, benar-benar menyentuh hati orang ramai.
Individu yang memuat naik video berkenaan memberitahu bahawa rider tersebut terpaksa menunggu selama lima minit namun kelibat jirannya yang membuat pesanan tersebut tidak pula kelihatan.
Daripada rakaman tersebut, dapat dilihat rider yang lengkap berpakaian hujan itu sempat mundar mandir di hadapan pagar sambil cuba menghubungi pelanggannya itu.
Kasihan dengan keadaan rider tersebut, wanita yang menggunakan akaun TikTok @naddyross terus mengajak rider berkenaan tumpang berteduh seketika di hadapan rumahnya.
“Abang ni tunggu dekat 5 minit dalam hujan lebat weh. Owner rumah tak buka-buka pintu. Aku tak sampai hati tengok dia hon-hon sambil sorok-sorok telefon dia nak call customer dalam hujan. Aku buka pagar aku keluar dengan payung, aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku.
“Sampai kesudah customer tak buka. Aku agak HQ cancel kot order tu. Dia cakap terima kasih kat aku terus gerak balik dalam hujan lebat tu,” tulis wanita berkenaan dalam videonya.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib penghantar makanan tersebut dan menasihati agar selepas ini tiada yang memperlakukan mereka sebegitu rupa kerana mereka juga mencari makan.
“Benci buyer macam ni. Dah tahu ada order makanan atau delivery barang, kau standby lah dekat depan pintu rumah. Kalau perempuan, sarung la tudung tu siap-siap. Mudahkan urusan orang. Tak kesian ke kat abang-abang rider/driver semua tu? Haihhhh,” luah kesal pengguna media sosial.
“Kalau hujan lebat saya tak sampai hati nak order makanan sebab kesian dekat rider-rider makanan,” luah pengguna lain pula.
Baca juga: “Ada 500 kotak tak habis”- Ejen merungut inai Neelofa tak habis terjual, serik tak balik modal
Baca juga: Bersaralah dari politik, pengundi jangan macam keldai, ahli parlimen ini dikecam orang ramai