Malaysia Dateline

“Mak tak cerdik, tunggulah besar sikit”- Pecah tangis bayi berusia sebulan gara-gara ditindik telinga

Di Facebook, tular satu rakaman pendek menunjukkan bayi yang berusia tidak sampai sebulan ditindik telinga sehingga pecah tangisan kanak-kanak itu.

Menerusi perkongsian video yang tular dari TikTok, ibu kepada bayi tersebut menulis “Demi gaya kurela menahan sakit”.

Hantaran tersebut kemudian mengundang kecaman orang ramai kerana individu berkenaan seolah menyeksa bayi yang masih kecil lebih-lebih lagi apabila anak kecil itu menangis sehingga tiada suara.

“Aku yang tahan nafas tengok. Otak letak mana lah mak kau ni baby,” tulis pengguna Facebook, Rashlahwati yang memuatnaik video berkenaan.

“Bayi tak bertindik pun comel, beria sangat maknya. Tunggu lah besar sikit,” komen pula pengguna Facebook yang lain.

Ramai yang bersetuju bahawa ibu bapa sepatutnya membiarkan anak mereka membesar dahulu sebelum dipakaikan anting-anting kerana telah banyak kejadian berlaku membabitkan telinga anak kecil membengkak dan luka.

Sebelum ini pakar perubatan telah banyak memberi amaran tentang tindik bayi kerana luka tindikan boleh menyebabkan banyak perkara buruk seperti mengalami kekejangan dan sawan, selain boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Doktor juga mengesyorkan ibu bapa yang mahu menindik telinga bayi agar menunggu sehingga anak mereka berusia enam bulan ke atas kerana bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa.

Baca juga: “Bila filem untung, pelakon tak kaya tapi dapat banyak tawaran berlakon” – Luahan Nam Ron lepas Mat Kilau cecah RM90 juta

Baca juga: Flashmob bantah barang naik: Mat Sabu dipanggil kali kedua rakam keterangan di balai

Baca juga: Tak sambung belajar sebab jadi ‘waiter’ pun gaji RM2k, ‘motivator’ ini balas belajar untuk hidup bukan cari kerja