Malaysia Dateline

Ketika ramai menanti keputusan PRU15, nama bakal PM PRU16 pula ‘trending’

Ketika ramai menantikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), nama Nurul Izzah Anwar pula ‘trending’ di Twitter.

Sehingga jam 8 malam ini, nama beliau menjadi bualan dalam hampir 1,800 ciapan di media sosial itu.

Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh tersebut bahkan dinobatkan warganet sebagai bakal Perdana Menteri pada PRU16 akan datang.

Nama Naib Presiden PKR berkenaan sohor kini di Twitter apabila warga maya mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran ke-42 terhadapnya.

Memegang gelaran ‘Puteri Reformasi’ sebelum ini, anak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut dianggap tokoh kuasawan wanita yang tiada tandingan dengan parti lain.

“Selamat Hari Lahir ke-42 buat insan yang menerima banyak ujian seperti seorang pahlawan. Anda sentiasa menjadi inspirasi.

“Adakah ahli politik wanita setanding dengan Nurul Izzah dalam BN atau PN? Saya tidak fikir ada.

“Sejujurnya, saya mahu Nurul Izzah jadi PM atau TPM tapi macam nepotisme pula. Kalau begitu, dia ambil peranan menteri wanita pun okey.

“Nurul Izzah adalah seorang pemimpin teladan yang akan mewujudkan negara yang lebih baik untuk semua. Selamat Hari Lahir kepada bakal PM Nurul Izzah,” demikian antara ciapan pengguna Twitter.

Baca juga Kiraan undi di 220 kerusi Parlimen, 117 kerusi DUN sedang berlangsung

Baca juga PRU-15: MySPR sesak capai hits 2.5 juta per saat