Malaysia Dateline

Kiraan undi di 220 kerusi Parlimen, 117 kerusi DUN sedang berlangsung

Proses pengiraan undi bagi 220 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN Perlis, Perak, Pahang serta Bugaya di Sabah sedang berlangsung.

Waktu pengundian PRU15 di 8,958 pusat mengundi dan 38,348 tempat mengundi (saluran) telah ditutup jam 6 petang tadi.

Sehingga pukul 4 petang tadi, sebanyak 70 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) meramalkan kemenangan majoriti mudah jika jumlah peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata jika jumlah peratusan mengundi adalah antara 70 ke 72 peratus, PH mampu menang lebih 90 kerusi Parlimen, yang memerlukan PH membentuk gabungan.

Baca juga Tak ‘cool’ kalau anak muda tak celup jari

Baca juga Dua petugas kesihatan di setiap tempat mengundi, khas buat pengundi yang positif Covid-19