Malaysia Dateline

Ketika ramai ternanti kerajaan baharu, bekas Menteri Agama minta semua penyokong bersabar

Ketika ramai ternantikan kerajaan baharu terbentuk, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta semua penyokong bersabar.

Namun, mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu rupa-rupanya merujuk pada penyokong bola sepak sempena Piala Dunia 2022 yang menyingkap tirainya di Qatar mulai semalam.

“Nampak sengit. Belum ada keputusan. Semua penyokong diminta bersabar. Argentina vs Arab Saudi.

“Jemput hadir Kuliah Maghrib malam ini di Masjid Al-Ehsaniah Kampung Melayu Batu 16, Rawang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menyertakan gambarnya sendiri sedang menonton kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu dengan rekod perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah.

Rata-rata orang ramai terhibur dengan ‘seloroh’ Dr Zulkifli itu termasuk ada yang berpendapat ‘makan dalam’.

“Istana negara pun suruh kita bersabar.

Double meaning ni tuan guru.

“Datuk jugok senang hati. Orang dok nok jadi PM, datuk tengok bola, hati pun senang,” demikian antara komentar warga maya.

Dalam masa sama, ada menasihatkan beliau agar memakai tali pinggang keledar.

Seatbelt jangan lupa pakai datuk,” kata pengguna Facebook, Mohamad Idham.

Baca juga ‘Jadilah negarawan, ahli parti akan ikut kalau itu dapat keluarkan mereka dari kemelut’

Baca juga Tiada pelakon berani bawa watak Anwar Ibrahim, Farid Kamil sahut cabaran