Ketua Pemuda AMANAH dituduh di mahkamah pagi ini kerana demonstrasi aman turunkan harga barang

Oleh NASUHA RAHMAN

Ketua Pemuda AMANAH Hasbie Muda akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur 9.00 pagi ini berkaitan dengan demonstrasi aman turunkan harga barang.

Peguam Muda AMANAH Fadhli Umar Aminolhuda mengesahan pertuduhan terhadap Hasbie yang difahamkan akan dituduh di bawah Sekseyn 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Demonstrasi Aman Turunkan Harga Barang yang diadakan di Masjid Kg Baru pada 1 Julai 2022 baru-baru ini.

“Kami menyeru semua yang berkelapangan untuk turun ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap Sdr Hasbie,” katanya.

Susulan kenaikan harga barang termasuk minyak masak dan ayam segar pada 1 Julai baru-baru ini satu demonstrasi aman telah berlaku di perkarangan Masjid Kampung Baru apabila ribuan pemimpin dan penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan piket khas bagi membantah kenaikan harga barangan.

Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai Solat Jumaat hari ini bagi membantah kenaikan harga barang yang kini menjadi masalah utama negara.

Tiga tuntutan mereka adalah, kembalikan subsidi barang makanan yang telah dipotong dan kekalkan subsidi yang ada, hapuskan sistem AP ke atas barangan makanan kerana ia telah menjadi bentuk monopoli dan adakan sidang khas Parlimen bincang isu harga dan bekalan makanan untuk mencari penyelesaian.

Baca juga: ‘Turun-turun harga barang, Hidup-hidup hidup rakyat’ bergema di Masjid Kampung Baru