Malaysia Dateline

Khalid bawa 180 anak muda Shah Alam tonton Mat Kilau, menentang kezaliman

Seramai 180 anak muda di Parlimen Shah Alam berpeluang menonton Filem Mat Kilau menentang kezaliman di pawagam Space U8 semalam.

“Saya nak belanja rakan-rakan untuk tengok cite Mat Kilau Di MBO Space U8 Shah Alam pada Rabu 6 Julai,” tulis Khalid Samad.

Bagaimanapun, mereka yang menyertai tontonan filem yang sedang meletup itu mestilah pengundi di Parlimen Shah Alam, DUN Kota Anggerik, DUN Batu Tiga yang berumur 18 hingga 40 tahun.

Khalid bawa 180 anak muda Shah Alam tonton Mat Kilau, menentang kezaliman
Anak muda Parlimen Shah Alam tonton Mat Kilau

Hampir dua minggu pecah panggung, penerbit Studio Kembara Sdn Bhd yang menerbitkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, memaklumkan bahawa filem epik yang mencetuskan fenomena itu telah berjaya mengutip sebanyak RM51.8 juta setakat semalam.

Hasil kutipan tersebut berjaya diperoleh dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam, kata penerbitnya Abdul Rahman Mt Dali.

Baca juga: Kutipan Mat Kilau kini melebihi RM50 juta dalam tempoh 13 hari tayangan

Baca juga: Wanita niat simpan baju sanding harga RM8,000, kecewa ditinggal kekasih tiga minggu sebelum majlis