Malaysia Dateline

“Kita kena satukan ummah” bila Pas pujuk Umno terima Bersatu tapi kalau dengan AMANAH “oh itu tak boleh”

Pas disifatkan parti yang tunggang-langgangkan agama dengan menggunakan hujah menyatukan ummah apabila memujuk Umno untuk terima Bersatu.

Malangnya kata Naib Presiden AMANAH Adly Zahari apabila Umno meminta Pas mengajak AMANAH sebagai merealisasikan penyatuan ummah Pas mengelak.

“Hujah yang selalu Pas guna untuk pujuk Umno terima Bersatu adalah “kita kena menyatukan ummah”.

"Kita kena satukan ummah" bila Pas pujuk Umno terima Bersatu tapi kalau dengan AMANAH "oh itu tak boleh"

“Bila Umno tanya Pas kenapa Pas tak nak ajak AMANAH sekali kalau mereka betul nak menyatukan ummah, Pas jawab “oh itu tak boleh”.

“Itulah Pas. Pakar tunggang langgangkan agama untuk kepentingan politiknya,” katanya.

Jika Pas berjaya memujuk Umno untuk meneruskan perpaduan ummah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15, Bersatu masih terbuka bekerjasama dengan Umno.

Usaha Pas mahu menjayakan perpaduan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN), susulan pertemuan Presidennya, Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada 17 Sept lalu.

Baca juga: Norma baharu berbahaya-Dunia hampiri zaman kemelesetan ekonomi 180 negara akan berkumpul minggu depan

Baca juga: Selangor catat kes denggi tertinggi