Konon anak nak rasa ayah ‘race’, lelaki dikecam tak fikir keselamatan anak

Oleh KIM SYAZIE

Sebagai seorang bapa, pastinya anda mahu berkongsi hobi dengan anak-anak namun perlulah bezakan antara yang elok dan tidak.

Ada yang minat memancing, ada yang yang minat ‘drift’ kereta tapi harusnya pastikan terlebih dahulu keselamatan anak.

Tindakan seorang bapa yang meletakkan dua anaknya di kerusi hadapan sebelum ‘berlumba’ menaikkan kemarahan netizen.

Jelas kelihatan wajah anaknya yang tidak selesa tambahan pula satu tali pinggang keselamatan (seat belt) itu digunakan untuk dua orang.

Warganet luah rasa kesal seandainya kemalangan berlaku maka keberangkalian anaknya untuk tercampak adalah tinggi.

“Boleh tak mana-mana pihak berkuasa ambil tindakan kat bapa budak-budak ni?

Tak jadi apa-apa, mmg ok. Kalau kemalangan berlaku, anak kau boleh terpelanting keluar sebab tak pakai seat belt,” komen @krollamry

Kalau anak tu meninggal sebab kemalangan tapi kau selamat, memang salah kau la. Memang menangis setiap hari sebab kebodohan kau buat,” tambah @stinkyman20051.

Memang betul ramai orang luar negara buat perkara sama tapi lihatlah cara mereka pastikan anak selamat dan memandu laju di tempat disediakan.

Bukan sesuka hati bawa laju atas jalan, kalau apa-apa terjadi maka penyesalan tak bawa makna.

Baca juga: Lagi kes penghuni flat cop parkir, penduduk siap dapat nota amaran kerana guna parkir orang lain